Visi
Menjadi masjid yang makmur, mesra komuniti dan mesra anak muda, sebagai pusat ibadat, ilmu dan perpaduan ummah.
Misi
01Mengimarahkan Masjid
Mengimarahkan masjid dengan aktiviti ibadat, ilmu dan kemasyarakatan yang menarik minat pelbagai lapisan masyarakat.
02Mendekati Anak Muda
Mendekati anak muda melalui program pendidikan, dakwah, kepimpinan dan sukan riadah berteraskan Islam.
03Sukan & Riadah
Menganjurkan sukan dan riadah dalam kalangan anak mukim sebagai medium untuk mengeratkan silaturahim dan ukhuwah.
04Pusat Komuniti & Kebajikan
Mengukuhkan peranan masjid sebagai pusat komuniti dan kebajikan.
05Generasi Cinta Masjid
Melahirkan generasi muda yang cinta masjid, aktif dalam pembinaan masyarakat Islam, berakhlak mulia dan berdaya saing.
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.”
Surah At-Taubah, ayat 18Piagam Pelanggan
Komitmen kami kepada jemaah dan seluruh anak mukim.
- 01
Azan & Solat Berjemaah
Memastikan azan dilaungkan tepat waktu dan solat berjemaah 5 waktu dilaksanakan dengan sempurna serta mesra jemaah.
- 02
Program Pengimarahan
Merancang dan melaksanakan program pengimarahan masjid mengikut takwim tahunan yang telah ditetapkan.
- 03
Layanan Mesra
Memberi layanan mesra, cekap dan hormat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan latar belakang.
- 04
Penglibatan Anak Muda
Mendekati dan melibatkan golongan anak muda dalam setiap perancangan dan pelaksanaan program masjid.
- 05
Kemudahan Bersih & Selamat
Menyediakan kemudahan masjid yang bersih, selamat, selesa dan mesra anak muda, warga emas dan OKU pada setiap masa.
- 06
Program Berjadual
Menganjurkan program pendidikan, dakwah, kepimpinan dan sukan riadah berteraskan Islam secara berjadual sepanjang tahun.
- 07
Maklum Balas Pantas
Memastikan setiap pertanyaan, aduan dan cadangan jemaah diberi maklum balas dalam tempoh 3 hari bekerja.
3 hari bekerja - 08
Komuniti & Kebajikan
Mengukuhkan peranan masjid sebagai pusat komuniti, kebajikan dan perpaduan dengan mengutamakan kebajikan asnaf dan anak mukim.
- 09
Amanah & Telus
Menguruskan sumbangan, derma dan tabung masjid dengan amanah, telus dan direkodkan dengan sistematik.
- 10
Bimbingan Berterusan
Melahirkan generasi yang cinta masjid, berakhlak mulia dan aktif dalam pembinaan masyarakat Islam melalui bimbingan berterusan.
Objektif
- 1
Imarah Sepanjang Tahun
Memastikan masjid sentiasa diimarahkan dengan aktiviti ibadat, ilmu dan kemasyarakatan secara berterusan sepanjang tahun.
- 2
Penglibatan Belia
Meningkatkan penyertaan dan penglibatan golongan belia dalam program pendidikan, dakwah dan kepimpinan berteraskan Islam.
- 3
Sukan & Riadah
Memperkasakan aktiviti sukan dan riadah sebagai medium untuk mengeratkan silaturahim dan ukhuwah dalam kalangan anak mukim.
- 4
Pusat Komuniti & Kebajikan
Memperkukuhkan fungsi masjid sebagai pusat komuniti dan kebajikan yang menyantuni semua lapisan masyarakat.
- 5
Generasi Berdaya Saing
Membentuk generasi muda yang mencintai masjid, berakhlak mulia dan berdaya saing dalam pembangunan masyarakat Islam.
Wakaf Naik Taraf Masjid
Masjid Al-Kauthar sedang dinaik taraf untuk jemaah dan generasi akan datang. Setiap sumbangan, sekecil mana pun, menjadi pahala yang terus mengalir.
Salurkan sumbangan
Imbas dengan mana-mana aplikasi bank atau e-dompet. Penerima: Tabung Pembangunan masjid. Guna telefon yang sama? Simpan QR ke galeri, kemudian pilih gambar itu dalam app bank.
Simpan QRNama akaun: Tabung Pembangunan Masjid Al Kauthar
Pelbagai cara untuk menyumbang
- Pahala yang berpanjangan
- Harta yang diberkati
- Didoakan oleh para jemaah
- Pelaburan akhirat yang tak rugi
“Barang siapa membangun masjid kerana Allah walaupun sebesar sarang burung atau lebih kecil, maka Allah akan bangunkan baginya rumah di syurga.”
Hadis riwayat Ibnu Majah
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ
“Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah serupa sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki.”
Surah Al-Baqarah, ayat 261Maklumat & sumbangan, hubungi
Sedikit hari ini, besar ganjarannya nanti.
Aktiviti Terkini
Kuliah, program dan aktiviti masjid, terus dari Facebook dan YouTube Masjid Al-Kauthar.
Lokasi Masjid
Masjid Al-Kauthar
Jalan Serendah, Mukim Padang Tengah Badak, 16450 Ketereh, Kelantan